BEM News BEM News

Back

Penglibatan Jurutera dalam Projek yang dimajukan oleh Pemaju Perumahan Tidak Berlesen

Lembaga Jurutera Malaysia menerima banyak aduan daripada Jabatan Perumahan berkaitan penglibatan jurutera dalam projek-projek yang dimajukan oleh pemaju perumahan tidak berlesen. Lembaga Jurutera mengingatkan semua jurutera untuk memastikan pemaju perumahan memiliki lesen serta permit iklan dan jualan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum menandatangani kontrak melaksanakan kerja, atau membuat apa-apa perakuan untuk membuat sebarang kelulusan berkaitan bidang tugas jurutera.

 

Pendaftar

Lembaga Jurutera Malaysia